Friday, July 17, 2009

Breathing

DOA SUPAYA MENJADI HAMBA YANG TAAT KEPADA ALLH SWT
"Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah yang maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada Mu, dan jadikanlah daripada kerturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepada Mu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami. Sesunguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihi"
(al Baqarah ayat 127-128)

Thursday, July 16, 2009

Mengepak

Entah macam mana mahu aku abstrakkan perasaan aku dalam bentuk perkataan. Untuk tempoh dua bulan yang berlalu, aku menyusur beribu cerita. Indah dan tidak, suka dan sedih, benci dan rindu, besar dan kecil. Semua aku merasa dalam tempoh tidak lebih 60 hari ini. Dan how i am so thankfull sebab dapat merasai ini.
Yang baik atau yang tidak, aku selalu yakin, semuanya yang terjadi memerlukan aku berfikir. Kalau tidak mendalam pun, sekurangnya aku belajar untuk bersyukur.
Sedar dan tidak, esok dah aku pulang semula ke Kuala Lumpur. Entah kali ini apa pula cerita yang mahu aku olah. Betul, aku sungguh tak mahu pergi terlalu jauh dalam kehidupan belakangan ini. Aku hanya mahu jalani hidup yang biasa-biasa. Tapi keliling aku seperti menarik kaki aku, masuk, disuruhnya masuk lagi ke dalam. Justeru aku mabuk dengan kehidupan dunia. Biarpun terlalu indah tapi cukup pahit.
Aku cuma sedang menunggu seseorang yang bole bikin aku melekat diam...
Aku sudah jumpa, tapi serasa belum...

Sunday, July 12, 2009

Degilnya si Aku

Jatuh cinta bererti membenarkan hati menggelongsori rasa sakit, benci, dendam dan rindu. Jatuh cinta bermakna membenarkan jiwa kekal meronta dilambung rasa gila bayang atau dikhianati, bakal ditinggalkan atau apa sahaja.
Yang pasti aku sedang mengizinkan hujung hati aku terusan digantung dan melalui semua ini. Aku pernah terasa serik. Sakit sekali kalau sedang merasa seperti sekarang ini. Tapi kenapa aku tetap mahu teruskan pada dia yang entah miliknya aku atau tidak?
Hey Aku!
Kau bakal disakiti lagi!
Tapi kau tetap degil!
Kau memang degil!
Ya!
Aku sangat degil!